Ahad, 16 September 2012

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN
PERINGKAT PERTAMA
1. BEBERAPA MINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN
2. MINGGU TERAKHIR PEPERIKSAAN
3. HARI TERAKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN
4. DI DEWAN PEPERIKSAAN
  
TEKNIK BELAJAR
· Waktu ulangkaji, kemahiran membaca
· Kemahiran mencatat/mengambil nota
· Kemahiran mendengar
· Kemahiran mengingat
· Kemahiran mengulangkaji
· Kemahiran menjawab soalan peperiksaan
· Kemahiran berfikir
MENGHADAPI PEPERIKSAAN 2
1. Berapa banyaK masa yang ada? (hari/jam)
2. Tahu kelemahan dan keistimewaan diri sendiri , jangan ego
3. Atur jadual ikut kepentingan atau keutamaan subjek (masa itu nyawa)
· Satu hari maksimum 3 mata pelajaran
· Mata pejaran mudah, sederhana dan susah
· Masa yang sesuai BERBEZA bagi setiap individu
· JANGAN ikut STYLE rakan
PERSEDIAAN AWAL PEPERIKSAAN
Antara strategi yang boleh pelajar lakukan sebagai persiapan awal menghadapi peperiksaan ialah :
1. Menentukan sasaran pencapaian di awal tahun bagi setiap mata     pelajaran.
2. Membina sikap dan pemikiran positif terhadap peperiksaan. Anggap peperiksaan itu sebagai satu peluang bukannya halangan. It is an opportunity for you to show of what you have learned.
3. Menyedia dan mematuhi jadual belajar/ulangkaji berterusan.
4. Menyediakan senarai semak tajuk untuk semua subjek. Perhatikan tajuk-tajuk yang kerap keluar.
5. Menyediakan nota yang lengkap, padat dan ringkas. (termasuk peta minda)
6. Membuat analisa soalan lepas  dan membuat latihan menjawab soalan sebanyak mungkin.
7. Memahami bentuk soalan, skema jawapan dan pemarkahan untuk   semua mata pelajaran.
8. Membuat ulangkaji/latihan tambahan secara berterusan. Sama ada semasa dalam kelas atau di rumah. “Practice make perfect”
9. Wujudkan kumpulan perbincangan bila perlu.
10. Berbincang dengan guru sekerap mungkin.
11. Mengemukakan soalan/pandangan semasa dalam kelas. Buat uji diri bagi setiap tajuk/beberapa tajuk secara berkumpulan.
12. Wujudkan sistem ingatan yang mudah dan ringkas.
Contohnya : gunakan carta pie, Graf bar, peta, sketch,


BEBERAPA MINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN
1.Berbincang dengan rakan
Tentukan tajuk - setiap ahli sediakan satu tajuk. Tajuk dibentangkan dan dijelaskan oleh ahli apabila bertemu. Mengajar adalah satu cara belajar BERKESAN.
2.SOALAN RAMALAN (berhati-hati) Bukan semata-mata untuk ramalan soalan. Soalan lepas hanya menjadi PANDUAN dan LATIHAN untuk mendapatkan kemahiran dan keyakinan ketika menjawab soalan sebenar nanti. Tujuannya untuk membiasakan               diri dengan bentuk dan jenis soalan. Mencuba soalan peperiksaan dalam lingkungan   2-3 tahun sudah mencukupi.
3. Bijak bahagikan masa menjawab soalan.
4. Boleh bezakan soalan yang perlukan jawapan panjang dan yang perlukan jawapan pendek.


Tiada ulasan :

Catat Ulasan