Isnin, 10 September 2012


APA ITU KAUNSELING?
Kaunseling
- Suatu proses MEMBANTU berdasarkan prinsip psikologi
- Mencari jalan penyelesaian sendiri

Bimbingan
- Suatu proses pembelajaran melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan hasil interaksi bersama kaunselor
- Suatu proses menolong yang profesional yang bertujuan membantu anda/pelajar memahami diri sendiri dan alam sekeliling  

MATLAMAT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING
1. Membantu anda/pelajar memahami diri dan masalah yang dihadapi
2. Membantu anda/pelajar membuat sesuatu keputusan dengan bijak dan berkeyakinan dalam tindakan serta pemikiran.
3. Membantu anda/pelajar mengenalpasti apakah keperluan anda/pelajar agar dapat membuat perancangan yang berkesan di dalam kehidupan pada masa sekarang dan akan datang.
4. Membimbing anda/pelajar memanfaatkan kekuatan diri, minat serta bakat dan kualiti diri yang sedia ada supaya seimbang.

APAKAH PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN?
1. Kaunseling individu (pertemuan pelajar dengan kaunselor) 
2. Kaunseling kelompok (pertemuan pelajar dan rakan-rakan dengan kaunselor)
3. Bimbingan motivasi kelompok
4. Kemahiran belajar
5. Lawatan sambil belajar
6. Pembangunan psikososial
7. Pendidikan Pencegahan Dadah
8. Bimbingan kerjaya
9. Konsultasi ibu bapa
10. Kaunseling krisis
11. Ujian psikologikal
    - Ujian Personaliti
    - Ujian kerjaya
    - Ujian warna
      dan lain-lain.

DI MANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?
Pertemuan untuk kaunseling individu akan diadakan di dalam bilik Bimbingan & Kaunseling, tanpa gangguan dan tidak boleh didengar oleh orang lain. Hanya anda dan kaunselor anda sahaja yang mengetahui tentang perkara yang dibincangkan.
Manakala untuk kaunseling kelompok sama ada di dalam bilik Bimbingan & Kaunseling atau mana-mana tempat yang dirasakan sesuai.

SEGALA PERBINCANGAN ANDA & MAKLUMAT YANG ANDA BERIKAN ADALAH DIRAHSIAKAN.

BAGAIMANA PELAJAR INGIN BERTEMU DENGAN KAUNSELOR SEKOLAH ANDA?
Datang sendiri atau berkawan. Buat temujanji dengan mengisi borang yang boleh didapati di bilik Bimbingan dan Kaunseling di sekolah pelajar.

MASA PERKHIDMATAN
(Waktu Persekolahan biasa)
Isnin hingga Jumaat
7.30 pagi hingga 3.00 petang
(tidak termasuk temujanji)

Lokasi: Bilik Bimbingan & Kaunseling

Tiada ulasan :

Catat Ulasan