Selasa, 9 Oktober 2012

Warga SMKAJB mendoakan kejayaan anda semua, calon PMR 2012!

Antara barisan ibu bapa yang hadir pada hari pertama PMR 2012


PENGAMBILAN PELAJAR BARU
PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN
JAKIM-UIAM
SESI 2013-2014

Darul Quran Jakim mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti
Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran, JAKIM-UIAM.
Pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian tahfiz di Darul Quran dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan
akan mengikuti pengajian di bidang profesional di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Isnin, 8 Oktober 2012

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA CALON PMR 2012
“KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI!”


Selasa, 25 September 2012


Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan


Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 15 September 2012

Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2013


Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 24 September 2012

Rabu, 19 September 2012

SIKAP MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN


SIKAP MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard mendapati bahawa apabila seseorang mendapat kejayaan, 85% daripadanya adalah kerana sikap mereka dan hanya 15% berpunca daripada bagaimana pintarnya ia serta berapa banyak fakta dan perangkaan yang diketahui. Yang hairannya, hamper 100% usaha pembelajaran ditumpukan kepada pengajaran fakta dan perangkaan yang menyumbang hanya lebih kurang 15% di dalam pekerjaan.

Sumber : Anda boleh Berjaya, Shiv Khera

Ahad, 16 September 2012

KUNCI BELAJAR DENGAN BIJAK


1. Sentiasa menghargai masa
2. Mengulangkaji pelajaran setiap hari
3. Matlamat perlu jelas dan khusus
4. Belajar secara sistematik & konsisten
5. Tidak malu bertanya pada guru
6. Niat belajar yang bersungguh-sungguh
7. Fokus semasa guru sedang mengajar
8. Bersabar & tidak mudah putus asa
9. Setiap tajuk pelajaran difahami dan dikuasai
10. Menyiapkan setiap latihan yang diberikan oleh guru

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN
PERINGKAT PERTAMA
1. BEBERAPA MINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN
2. MINGGU TERAKHIR PEPERIKSAAN
3. HARI TERAKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN
4. DI DEWAN PEPERIKSAAN
  
TEKNIK BELAJAR
· Waktu ulangkaji, kemahiran membaca
· Kemahiran mencatat/mengambil nota
· Kemahiran mendengar
· Kemahiran mengingat
· Kemahiran mengulangkaji
· Kemahiran menjawab soalan peperiksaan
· Kemahiran berfikir
MENGHADAPI PEPERIKSAAN 2
1. Berapa banyaK masa yang ada? (hari/jam)
2. Tahu kelemahan dan keistimewaan diri sendiri , jangan ego
3. Atur jadual ikut kepentingan atau keutamaan subjek (masa itu nyawa)
· Satu hari maksimum 3 mata pelajaran
· Mata pejaran mudah, sederhana dan susah
· Masa yang sesuai BERBEZA bagi setiap individu
· JANGAN ikut STYLE rakan
PERSEDIAAN AWAL PEPERIKSAAN
Antara strategi yang boleh pelajar lakukan sebagai persiapan awal menghadapi peperiksaan ialah :
1. Menentukan sasaran pencapaian di awal tahun bagi setiap mata     pelajaran.
2. Membina sikap dan pemikiran positif terhadap peperiksaan. Anggap peperiksaan itu sebagai satu peluang bukannya halangan. It is an opportunity for you to show of what you have learned.
3. Menyedia dan mematuhi jadual belajar/ulangkaji berterusan.
4. Menyediakan senarai semak tajuk untuk semua subjek. Perhatikan tajuk-tajuk yang kerap keluar.
5. Menyediakan nota yang lengkap, padat dan ringkas. (termasuk peta minda)
6. Membuat analisa soalan lepas  dan membuat latihan menjawab soalan sebanyak mungkin.
7. Memahami bentuk soalan, skema jawapan dan pemarkahan untuk   semua mata pelajaran.
8. Membuat ulangkaji/latihan tambahan secara berterusan. Sama ada semasa dalam kelas atau di rumah. “Practice make perfect”
9. Wujudkan kumpulan perbincangan bila perlu.
10. Berbincang dengan guru sekerap mungkin.
11. Mengemukakan soalan/pandangan semasa dalam kelas. Buat uji diri bagi setiap tajuk/beberapa tajuk secara berkumpulan.
12. Wujudkan sistem ingatan yang mudah dan ringkas.
Contohnya : gunakan carta pie, Graf bar, peta, sketch,


BEBERAPA MINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN
1.Berbincang dengan rakan
Tentukan tajuk - setiap ahli sediakan satu tajuk. Tajuk dibentangkan dan dijelaskan oleh ahli apabila bertemu. Mengajar adalah satu cara belajar BERKESAN.
2.SOALAN RAMALAN (berhati-hati) Bukan semata-mata untuk ramalan soalan. Soalan lepas hanya menjadi PANDUAN dan LATIHAN untuk mendapatkan kemahiran dan keyakinan ketika menjawab soalan sebenar nanti. Tujuannya untuk membiasakan               diri dengan bentuk dan jenis soalan. Mencuba soalan peperiksaan dalam lingkungan   2-3 tahun sudah mencukupi.
3. Bijak bahagikan masa menjawab soalan.
4. Boleh bezakan soalan yang perlukan jawapan panjang dan yang perlukan jawapan pendek.


MANUSIA & MOTIVASI


KENAPA MANUSIA TIDAK BERMOTIVASI
1. Tiada matlamat & cita-cita yang jelas
2. Tidak menilai diri secara tepat
3. Tidak kenal kehebatan diri sendiri
4. Dikuasai oleh pemikiran negatif
5. Mudah terpengaruh oleh persekitaran
6. Tidak tahu mengurus diri
7. Tidak mahu belajar dari kesilapan
8. Mudah mengalah & berputus asa
9. Tidak berdoa, bertawakal & bersyukur
10. Konsep kendiri yang rendah

CIRI-CIRI ORANG YANG BERMOTIVASI
1. Sentiasa awal & mendahului orang lain
2. Sentiasa bersemangat
3. Sentiasa positif & optimis
4. Kenal potensi & kehebatan diri
5. Sentiasa cekal & tabah
6. Sentiasa memperbaiki diri & keadaan
7. Sentiasa berdoa, bertawakal & bersyukur
8. Sentiasa menghasilkan kerja yang cemerlang
9. Memilik konsep kendiri yang tinggi

Sumber : Studi Smart, Malek Muhamat Said

Isnin, 10 September 2012


APA ITU KAUNSELING?
Kaunseling
- Suatu proses MEMBANTU berdasarkan prinsip psikologi
- Mencari jalan penyelesaian sendiri

Bimbingan
- Suatu proses pembelajaran melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan hasil interaksi bersama kaunselor
- Suatu proses menolong yang profesional yang bertujuan membantu anda/pelajar memahami diri sendiri dan alam sekeliling  

MATLAMAT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING
1. Membantu anda/pelajar memahami diri dan masalah yang dihadapi
2. Membantu anda/pelajar membuat sesuatu keputusan dengan bijak dan berkeyakinan dalam tindakan serta pemikiran.
3. Membantu anda/pelajar mengenalpasti apakah keperluan anda/pelajar agar dapat membuat perancangan yang berkesan di dalam kehidupan pada masa sekarang dan akan datang.
4. Membimbing anda/pelajar memanfaatkan kekuatan diri, minat serta bakat dan kualiti diri yang sedia ada supaya seimbang.

APAKAH PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN?
1. Kaunseling individu (pertemuan pelajar dengan kaunselor) 
2. Kaunseling kelompok (pertemuan pelajar dan rakan-rakan dengan kaunselor)
3. Bimbingan motivasi kelompok
4. Kemahiran belajar
5. Lawatan sambil belajar
6. Pembangunan psikososial
7. Pendidikan Pencegahan Dadah
8. Bimbingan kerjaya
9. Konsultasi ibu bapa
10. Kaunseling krisis
11. Ujian psikologikal
    - Ujian Personaliti
    - Ujian kerjaya
    - Ujian warna
      dan lain-lain.

DI MANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?
Pertemuan untuk kaunseling individu akan diadakan di dalam bilik Bimbingan & Kaunseling, tanpa gangguan dan tidak boleh didengar oleh orang lain. Hanya anda dan kaunselor anda sahaja yang mengetahui tentang perkara yang dibincangkan.
Manakala untuk kaunseling kelompok sama ada di dalam bilik Bimbingan & Kaunseling atau mana-mana tempat yang dirasakan sesuai.

SEGALA PERBINCANGAN ANDA & MAKLUMAT YANG ANDA BERIKAN ADALAH DIRAHSIAKAN.

BAGAIMANA PELAJAR INGIN BERTEMU DENGAN KAUNSELOR SEKOLAH ANDA?
Datang sendiri atau berkawan. Buat temujanji dengan mengisi borang yang boleh didapati di bilik Bimbingan dan Kaunseling di sekolah pelajar.

MASA PERKHIDMATAN
(Waktu Persekolahan biasa)
Isnin hingga Jumaat
7.30 pagi hingga 3.00 petang
(tidak termasuk temujanji)

Lokasi: Bilik Bimbingan & Kaunseling

Selamat Datang Ke Blog UBK, SMKAJB

www.moe.gov.my
www.ppdpgudang.edu.my
www.rmc.edu.my
www.sapsnkra.moe.gov.my